01 Sep DAFTAR CAP DAGANGAN ANDA!
DAFTAR CAP DAGANGAN ANDA!
Apabila anda membuka perniagaan sendiri, anda perlukan nama dagangan agar ramai orang mengenali perniagaan anda. Apabila anda berada di tahap ini, anda perlu mencipta cap dagangan sendiri untuk melambangkan perniagaan anda, senang dikenali oleh orang awam dan boleh dibezakan dengan perniagaan yang lain, atau secara ringkasnya untuk membantu perniagaan anda nampak menonjol kepada orang ramai.
Apabila anda mula menggunakan cap dagangan sendiri dan anda adalah orang pertama yang menggunakan cap dagangan itu, anda secara automatik mempunyai hak terhadap cap tersebut. Ia adalah tidak wajib untuk mendaftar cap dagangan, tapi ia mempunyai banyak kelebihan apabila anda pilih untuk mendaftar. Kepada anda yang baru memulakan syarikat, kos tanggungan untuk mendaftar cap dagangan mungkin terlalu tinggi, namun ia adalah lebih baik dan lebih sikit berbanding dengan kerugian yang akan ditanggung jika anda pilih untuk tidak mendaftar cap dagangan anda.
Cap dagangan memainkan peranan yang penting untuk mempromosi perniagaan anda. Ia adalah satu kebiasaan bagi pengguna untuk membuat belian berdasarkan kesan pengiklanan. Mendaftar cap dagangan anda adalah langkah yang pertama untuk membina satu jenama yang kuat. Tanpa pendaftaran, cap dagangan anda akan terjejas kepada perbuatan penggunaan tanpa kebenaran dan eksploitasi dari orang lain kerana pengguna sering mentakrifkan cap dagangan tertentu dengan kualitinya yang terkenal. Orang lain berkemungkinan mahu mengeksploitasi kualiti tersebut untuk mendapatkan keuntungan dan kepercayaan dari pengguna yang tak disangka. Ini adalah tidak baik untuk perniagaan dalam jangka masa yang panjang, justeru mendaftar cap dagangan anda adalah satu tindakan yang penting untuk diambil.
Antara kelebihan lain apabila anda mendaftar cap dagangan anda bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah:
- Cap dagangan yang tidak berdaftar mungkin mempunyai perlindungan undang-undang, namun beban pembuktian adalah tinggi jika orang lain mencuri atau mengguna tanpa kebenaran hak milik cap dagangan anda. Dengan proses pendaftaran, ia akan memberi anda satu bukti yang jelas apabila MyIPO mengeluarkan satu Sijil Pendaftaran sebagai bukti pengesahan hakmilik ke atas cap dagangan tersebut.
- Sesiapa yang menggunakan cap dagangan yang berdaftar akan dianggap sebagai pengguna tanpa kebenaran dan anda berhak untuk mendapatkan bayaran ganti rugi oleh kerana penggunaan tersebut
- Pemilik cap dagangan berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengguna cap tersebut dalam perdagangan, untuk beroperasi dan kegunaan pemasaran di bawah cap dagangan tersebut. Sebagai tambahan, cap dagangan berdaftar merupakan aset yang bernilai untuk syarikat. Jika anda ingin menjual syarikat anda satu hari nanti, mempunyai cap dagangan berdaftar boleh meningkatkan harga jualan.
- Apabila anda mendaftar cap dagangan anda, anda boleh menggunakan simbol “TM” atau ™ selepas cap dagangan anda, untuk menunjukkan cap anda telah didaftar dengan sah.
- Cap dagangan berdaftar juga boleh digunakan sebagai satu notis membina kepada seluruh negara bahawa anda adalah pemilik cap tersebut, walaupun anda belum melakukan perniagaan di peringkat kebangsaan.
- Cap dagangan berdaftar memberi insentif kepada syarikat-syarikat untuk melabur dalam menjaga atau memperbaiki kualiti barangan supaya barangan yang memegang cap dagangan tersebut mempunyai reputasi yang positif.
- Pemberian lesen kepada syarikat lain atau perjanjian francais akan menjadi lebih mudah apabila anda mempunyai cap dagangan berdaftar.
Jika anda tidak mendaftar cap dagangan anda, berkemungkinan orang lain akan mendaftar cap dagangan tersebut. Perkara ini akan serta merta meletakkan perniagaan dalam risiko kerana anda berpotensi untuk kehilangan hak istimewa perdagangan dengan cap dagangan anda. Anda perlu mula semula dengan cap dagangan yang baru, ubah segala iklan dan berkemungkinan hilang pelanggan. Tambahan pula, anda boleh dikenakan saman oleh pemilik cap dagangan yang telah didaftar dan anda perlu membayar yuran guaman atau denda termasuk juga semua keuntungan yang diperolehi di bawah cap yang tidak didaftar dan bayaran ganti rugi kepada pemilik cap dagangan.
Justeru, jika anda fahami kepentingan mendaftar cap dagangan anda, silalah mendaftar secepat yang mungkin. Cap dagangan boleh dibuat dengan mana-mana bahasa dan abjad. Walau bagaimanapun, cap dagangan yang tidak dibuat dengan bahasa Inggeris atau Melayu dan bukan dalam skrip Latin hendaklah diiringi dengan terjemahan yang disahkan dan transliterasi setiap huruf dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Bahasa perkataan juga perlu diberi.
Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama sepuluh tahun dari tarikh pendaftaran dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.
Jika anda telah mendaftar cap dagangan anda, sila gunakan cap dagangan anda dengan serta merta kerana cap dagangan yang tidak digunakan selama 3 tahun selepas pendaftaran boleh dibuang dari pendaftaran.
Dapatkan Free Consultation
Dapatkan free consultation dari team Isadora dengan menekan butang di bawah.