fbpx

Ulasan Kes: Penghakiman Terkini Kes ‘Bin Abdullah’ oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Februari 2020

Ulasan Kes: Penghakiman Terkini Kes ‘Bin Abdullah’ oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Februari 2020

Isu:

Sama ada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai kuasa di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957 untuk meletakkan nama ‘Bin Abdullah’ atau nama ayah kandung pada Sijil Kelahiran bagi anak tidak sah taraf.

Fakta Kes Ringkas:

Anak tidak sah taraf (Responden 1) merupakan anak kepada MEMK (Responden 2) dan NAW (Responden 3). Kedua-dua ibu bapa beragama Islam. Anak tersebut dilahirkan di Johor pada 4/4/2010. Tempoh kehamilan hanya 5 bulan 24 hari selepas tarikh perkahwinan iaitu pada 24/10/2009.

Keputusan Mahkamah:

Mahkamah menolak tuntutan Responden untuk meletakkan nama ayah kandung kepada nama anak tidak sah taraf

Asas Keputusan Mahkamah:

  1. Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957 hanya terpakai bagi mereka yang mempunyai nama keluarga (“Surname”).
  2. Responden adalah berbangsa Melayu and tiada mempunyai nama keluarga. Pandangan ini selari dengan 3 pandangan profesor mahir universiti yang kemukakan pendapat pakar mereka. Penggunaan nama keluarga di Malaysia digunakan secara meluas oleh bangsa Cina.
  3. Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957 tidak mendiskriminasi antara Muslim dan bukan Muslim. Seksyen ini hanya diskriminasi antara mereka yang mempunyai nama keluarga dan mereka yang tidak mempunyai nama keluarga. Memandangkan MEMK tidak mempunyai nama keluarga, oleh itu Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957 tidak boleh digunakan. Sebagai tambahan, pemakaian Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957 hanyalah satu pilihan semata-mata dan bukan satu tanggungjawab yang wajib dipatuhi oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  4. Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957 tidak terpakai kepada pendaftaran mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Seksyen ini tidak membenarkan anak untuk dinamakan oleh nama peribadi ayah kandung kerana nama peribadi ayah kandung tidak diiktirafkan sebagai nama keluarga selaras dengan Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957.
  5. Mahkamah juga memutuskan bahawa MEMK dan NAW terikat kepada undang-undang Syariah di negeri Johor kerana mereka berkahwin dan mempunyai anak di Johor.
  6. Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 tidak mengizinkan ayah kandung untuk meletakkan namanya kepada anak tidak sah taraf. Dengan sewajarnya, Jabatan Pendaftaran Negara untuk menolak tuntutan MEMK untuk meletakkan nama MEMK kepada anak tidak sah taraf tersebut konsisten dengan enakmen ini.
  7. Namun, Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa tindakan Jabatan Pendaftaran Negara yang bergantung kepada dua perintah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak boleh diguna kerana bidang kuasa undang-undang Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.
  8. Justeru, pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya terikat jika perkara itu diwartakan di negeri Johor. Langkah Jabatan Pendaftaran Negara untuk memakai pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan secara tidak langsung mengambil alih kuasa Sultan Johor.
  9. Di negeri Johor, tiada lagi fatwa yang dikeluarkan dan diwartakan berkenaan membenarkan penggunaan nama ‘Bin Abdullah’ kepada anak tidak sah taraf.

Kesan Keputusan Mahkamah Kes Bin Abdullah

  1. Keputusan ini akan menjadi preseden untuk menyelesaikan pelbagai isu undang-undang dan pertikaian yang melibatkan anak tidak sah taraf seperti isu harta pusaka, wasiat dan lain-lain.
  2. Sebagai rekod, menurut undang-undang Islam, anak tidak sah taraf tidak berhak untuk mewarisi harta ayah kandung sama ada anak tersebut dinamakan ke atas nama ayah kandungnya atau tidak
  3. Keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan isu ‘Bin Abdullah’ menunjukkan bahawa mahkamah tertinggi di negara ini menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Mahkamah Persekutuan secara eksplisit menegakkan posisi Islam di dalam Perlembagaan dan menegaskan keputusan Mahkamah sebelum ini di dalam kes Ramah Laton yang menyatakan: “Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara”

Kepentingan Keputusan Kes Bin Abdullah

Keputusan kes ini perlu difahami sebagai cadangan kepada semua Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mana-mana agensi atau institusi agama untuk menggunakan dan menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang Islam yang sedia ada. Justeru, semua agensi atau institusi agama negeri perlu membantu agensi atau institusi persekutuan untuk mengambil langkah proaktif dari keputusan Mahkamah Persekutuan untuk terus memain peranan bagi mengukuhkan pelaksanaan dan menguatkuasakan undang-undang Islam di negeri masing-masing.

Keputusan Mahkamah Persekutuan juga satu pengiktirafan kepada undang-undang Islam dan agensi/institusi agama seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri yang telah menegakkan dan menguatkan posisi Islam sebagai agama Persekutuan.

Agensi-agensi yang terlibat dengan perkara-perkara Islamik di negara kita, seperti institusi fatwa,  telah dikenali oleh Mahkamah Persekutuan sebagai institusi yang perlu dirujuk dalam menyelesaikan  isu berkenaan urusan-urusan Islamik di dalam negara kita.

Di dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa anak tidak sah taraf di dalam kes ini tidak dinamakan kepada ‘Bin Abdullah’ kerana Majlis Fatwa Negeri Johor belum lagi mewartakan fatwa berkenaan penggunaan nama ‘Bin Abdullah’ bagi anak tidak sah taraf di Johor sewaktu kes ini pada awalnya difail di Mahkamah.

Atas sebab ini, satu usaha bersama perlu dibuat oleh agensi berurusan Islamik di negara ini dan komited dalam menyeragamkan undang-undang Islam di negara kita.