01 Sep PANDUAN MEMBELI HARTANAH LELONG DI MALAYSIA
PANDUAN MEMBELI HARTANAH LELONG DI MALAYSIA
Apa itu Hartanah Lelong?
Sebelum saya huraikan prinsip atau perkara asas untuk pemahaman seorang pembida sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah yang dilelong, ia adalah penting untuk memahami maksud hartanah lelong.
Hartanah lelong merupakan hartanah seperti tanah kosong, rumah, pangsapuri dan lain-lain yang dimiliki oleh pihak bank. Apabila seorang pembeli hartanah ingin membeli sebuah hartanah dan memerlukan pembiayaan dari pihak bank, pembeli hartanah tersebut akan membuat gadaian ke atas hartanah yang dibeli kepada pihak bank untuk menjamin pembiayaan terhadap hartanah tersebut.
Namun, pembeli hartanah hendaklah membuat bayaran ansuran pinjaman atau bayaran tertunggak. Apabila pemilik hartanah gagal membuat pembayaran tertunggak atau ingkar membayar ansuran pinjaman, hartanah tersebut melalui proses penyitaan (foreclosure) dan pihak bank, mahkamah atau pejabat tanah akan mengambil semula hak atas hartanah tersebut dan hartanah ini akan dijual semula secara lelong. Terdapat dua jenis lelongan yang dilihat di bawah:
6 Langkah Sebelum Membeli Hartanah Lelong
1. Mengenal pasti hartanah yang betul dan tepat
Sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah lelong, ia adalah penting untuk mencari dan mengenal pasti hartanah lelong yang mempunyai potensi pelaburan yang bagus dan sama ada hartanah tersebut mempunyai harga rizab yang menarik untuk membuat bidaan.
Sebagai permulaan, mereka yang berminat untuk membeli hartanah lelong boleh melihat kepada hartanah yang terletak di kawasan di negeri yang terdiri seperti Kuala Lumpur dan Selangor oleh kerana lokasi seperti ini mempunyai permintaan sewa atau beli yang tinggi. Namun, harga rizab juga perlu dibandingkan dengan nilai pasaran hartanah yang serupa di lokasi yang sama agar harga bidaan tidak melebihi nilai pasaran di kawasan tersebut.
2. Membuat pertanyaan kepada pejabat tanah dan pemaju
Sebelum anda membuat pertanyaan kepada pejabat tanah atau pemaju, anda perlu mendapatkan salinan Pengisytiharan Jualan dari pelelong. Langkah seterusnya adalah untuk membuat pencarian tanah dari pihak berkuasa negeri yang berkenaan untuk mengesahkan semula ketepatan maklumat hartanah lelong berkenaan yang dinyatakan di dalam Pengisytiharan Jualan.
Selepas itu, anda perlu membuat semakan bersama pemaju dan pejabat tanah terhadap hartanah lelong tersebut. Antara maklumat yang penting ialah:
- Lokasi/Alamat
- Status Hakmilik
- Nombor Lot Hartanah
Bagi hartanah Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak, ia adalah berguna bagi anda untuk membuat penyelidikan terhadap pemaju hartanah berkenaan, sama ada pemaju tersebut mempunyai reputasi sebagai seorang yang sukar untuk berurusan atau pemaju tersebut merupakan seorang muflis.
Jika pemaju tersebut merupakan seorang muflis, sama ada pelikuidasi telah dilantik oleh Jabatan Insolvensi. Perkara tersebut adalah penting untuk dipertimbangkan oleh kerana pengesahan dari pihak pemaju merupakan dokumen yang penting bagi hartanah Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak
3. Memeriksa kawasan kejiranan
Selepas anda telah membuat carian terhadap hartanah tersebut, langkah seterusnya adalah untuk melawat hartanah tersebut bagi memeriksa keadaan hartanah tersebut dan juga kawasan kejiranan.
Sekiranya boleh, anda dinasihatkan agar anda membuat pemeriksaan luaran dan juga dalaman dengan membawa seseorang yang mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti nilai hartanah tersebut dan harga pembaikan.
Pembida boleh membuat pemeriksaan awal untuk mendapatkan maklumat tentang pemilik dahulu dan juga latar belakang hartanah berkenaan dari jiran berdekatan. Periksa juga sama ada hartanah itu masih lagi berpenghuni. Setelah mendapatkan perintah lelong, pembida tidak akan menghadapi masalah untuk menyingkir pemilik sah dari hartanah tersebut.
4. Persediaan pada tarikh bidaan
Pembida hendaklah selalu mengambil perhatian tentang tarikh bidaan, masa bidaan dan juga lokasi bidaan. Sebelum hadiri acara bidaan tersebut, pembida hendaklah menyediakan kad pengenalan dan juga wang tunai/ draf bank/ cek sebagai deposit kepada harga rizab.
Sediakan juga wang tambahan jika terdapat jumlah perbezaan antara harga rizab dan harga bidaan. Sesetengah pelelong memerlukan pembida yang berjaya untuk membuat bayaran dengan segara. Acara bidaan akan berhenti dan hartanah berkenaan dijual apabila bidaan yang tertinggi dipanggil sebanyak tiga kali oleh pelelong dan tiada lagi bidaan selanjutnya.
5. Melantik peguam
Selepas membuat bidaan yang berjaya, pembida yang berjaya perlu mendapatkan Pengisytiharan Jualan yang disediakan oleh pihak pelelong dan membayar deposit melalui cek atau draf bank.
Pembida yang berjaya hendaklah melantik peguam bagi menyempurnakan pindahan hartanah berkenaan dan bagi membuat permohonan pinjaman untuk membiayai pembelian hartanah.
Berbeza dengan membeli hartanah langsung dari pemaju, peguam tidak perlu menyediakan sebarang perjanjian jual beli di dalam proses bidaan kecuali bagi surat ikatan penyerahan hak (Deed of Assignment) jika ia melibatkan hartanah Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak.
6. Menyingkir pemilik sah
Apabila baki harga belian telah dilaksanakan, anda mempunyai hak yang sah terhadap hartanah lelong tersebut. Malangnya, bagi hartanah lelong, kadangkala terdapat penghuni yang masih tinggal di hartanah tersebut.
Untuk membuat proses pengusiran yang sah, pertama sekali, anda mestilah merupakan pemilik yang sah dan proses ini boleh mengambil masa selama 4 minggu atau lebih untuk mengusir penghuni yang tinggal di hartanah tersebut.
Dapatkan Free Consultation
Dapatkan free consultation dari team Isadora dengan menekan butang di bawah.